
Haritu teragak lah nak search pasal introvert ni sebab ramai yang kata aku ni introvert. Mula-mula tu taknak lah amek tahu sangat sebab andaian orang je kan terhadap kita. Sebab ia mengenai diri kita mestilah kita labih tahu. Tetapi lepas buat research dekat Mr. Google ni barulah percaya (hahaha).
Antara ciri-cir introverted yang ada dalam diri aku ni yelah:
1) Lebih suka luangkan masa untuk diri sendiri maksudnya lebih banyak suka besendirian dari bergaul. Aku lagi suka duduk je dalam bilik bila lepas habis kelas / kerja. Tak suka sangat nak berlepak-lepak ni sebab bising.
2) Kalau dalam bab berkawan ni, aku tak heran masalah orang lain sangat kalau ianya takde kaitan dengan aku dan tak beri apa-apa kesan pada diri aku. Yelah aku ni tak banyak masalah so buat apa aku nak tambah masalah aku dengan masalah orang lain.
3) Masa dalam aktiviti berkumpulan akulah yang paling tak stand out dalam beri idea, tetapi asal ea bila aku orang terakhir yang bagi idea mesti idea aku tulah yang selalu orang guna sampai menang vote yang banyak.
4) Orang selalu kata ala normal lah pakai earphone bila dalam lrt,bus/ kelas. But bagi aku tulah yang beri aku ketenangan sebab aku memang serius x suka bunyi bising dari suara-suara orang yang borak merepek-repek ni.
Hahaha itu jelah yang aku perasan dekat diri aku ni yang ada sama dengan ciri-ciri intoverted ni. Aku takdelah nak cakap pergaulan tu tak bagus even aku pon ada je kawan-kawan dan ada je lepak malam-malam dekat kedai makan, tetapi tak selalu seperti yang korang buat dan geng2 aku ni hanya berbincang perkara yang mengimbau kenangan pada zaman-zaman kewangan kukuh (hahaha) nope gila kita orang.
Peace world is more perfect with better mind.












