Monday, 7 March 2016

Love..


C I N T A!! apa itu cinta ?? Hahaha mesti dah cliche gilakan soalan ni..

Tapi itulah yang hari-hari orang alami , jangan tipu lah kalau korang tak pernah jatuh cinta , bercinta atau putus cinta ..

aku bukan nak ceritakan kisah cinta aku dekat sini , hehehe jangan salah paham ye ( peace )..  Aku cuma nak mengingatkan kepada semua bahawa cintai diri sendiri itu lebih penting dari sibuk cintakan orang lain sampai diri sendiri tak terurus.. 

Aku tak paham dgn student zaman sekrang sibuk je nak bercinta smpai berhabis duit bagai, haih' walahal duit belanja pon parents kau yang masih bagi..

Bukan aku nak katakan aku tak kasi korang bercinta ( aku bodohlah namanya ) sebab itu semua lumrah manusia , sdngkan aku pon nak ada perasaan cinta tu .

Cuma kdg2 aku tengok gelagat2 membe-membe aku yg bercouple bagai ni sampai kalau gf/bf merajuk mesti nak pujuk tu kena bagi hadiah yang mahal-mahal smpai berhabis duit bagai and sampai berikat perot tak makan .. ish3x geleng kepala aku

Cuba korang sayangi diri dulu dan baru pikir orang lain dan yang paling penting sayangi parents kau yang susah-susah cari duit nak bagi korang kesenangan..

Maafkan saya kalau kasar bahasanya, harap tak terasa hati sebab peringatan utk diri sendiri jugak.

" Love Yourself "

Kawan menjadi musuh..

Assalamualaikum, harini aku nak membebel pasal " kawan menjadi musuh " ..

 Aku tahu ramai yang pernah alami perkara ni dalam hidup, mula-mula dialah kawan kita smpai brmacam-macam janji dibuat supaya nak relay tu kekal , aha bila teringat balik aku gelak sendrian..

Kisah ni terdetik nak diluahkan sebab aku tgh alaminya sekarang, sedihnyaa dulu kami kawan yang baik walaupon baru je kenal, dua2 sama merantau dkt tempat orang dn masa tu mybe kami pkir bila ada kawan rapat ni snnglah nak kemana- mana and mntak tolong bila susah.. 

  Bila tak jumpa sehari dah mula rindu-rindu , dulu dia cakap manis je , bahsa yang digunkan pon lembut smpai semua orang jatuh hati dgr and siap ada gelaran lagi yg lect bagi sbb trlmpau pendiam dlm kelas .. but now evrythng changed smnjak kami naik semester baru , her atttude start brubah kepada yg makin truk, cara percakpan pon dh x mcm dulu and sangat annoyed ..

 Aku tak tahulah mungkin kejutan budaya kot sebab kita maybe dikolej kawan baik , tapi dia mungkin ada kawan lain selain aku dan itu tak aku nafikan sebab aku pon ada kawan lain jgak selain dia.. tapi cara perubahan yg mendadak buat aku takut dan aku rasa perlu tegur dia, mula-mula tu pkir mcm-mcm cara sebab taknak sakitkan hati dia.. 

 Mintak pendapat My mom dulu and dia cakap cuba kau masuk dalam dunia dia dulu and dari situ kau tegur dia slow-slow and bawak dia kluar.. I did it but sekarang aku dah gaduh dgn dia sebab dia tak boleh terima and malahan dia salahkan aku balik ( dia cakap aku yang berubah ) . Haih' 

I want to pulihkan keadaan balik dgn said sorry but cara dia balas sangat kasar and its make me hurt but aku pendamkan sebab aku taknak gaduh.. 

 " Friendzone " 

Sunday, 6 March 2016

Terima kasih..


Sebenarnyaa harini memang hari yang sangat memenatkan buat kami seluruh keluarga, Pagi-pagi lagi ibu dan ayah dah keluar rumah bukak kedai untuk meniaga, lepas meniaga ayah sepatotnya hantar adik perempuan aku yang belajar di melaka balik kerana tiket bas kehabisan. Kesiannya ayah mesti penat sangat-sangat sebab nak kena drive dri johor ke melaka.

Lepas sahaja kami tutup kedai dan terus balik rumah untuk bersiap-siap bertolak ke melaka. Sampai sahaja di simpang hadapan keluar kawasan perumahan rumah tiba-tiba kereta ayah mengeluarkan bunyi yang sangat memeranjatkan kami di dalam kereta. Rupa-rupanya kereta ayah rosak masa tu jugak , ayah dah kebingungan sebab nak kena jugak hantar adik balik harini.

ayah dan ibu usaha call semua orang untuk dapatkan bantuan dan alhamdulillah ada seorang hamba Allah ni sangat baik hati kerana membenarkan ayah meminjam keretanya bagi menyelesaikan urusan kami..

Masa tu kami rasa sangat bersyukur kerana mendapat pertolongan yang sangat besar, dan sepanjang dalam kereta menuju ke melaka ayah berpesan kepada kami supaya belajar rajin-rajin sebab macam-macam dugaan yang datang bila kita nak timba ilmu ni dan beringatlah atas jasa kebaikan orang yang menolong kita ..

Baiklah ibu dan ayah kami ingat pesan tu dan takkan sia-siakannya 

" Terima kasih Pakcik atas bantuan yg dihulurkan " 

Tiada Nama Lagi...


Assalamualaikum.. Ni malam semalam punya cerita, masa tu tengah lah sedap-sedap duduk tengok tv tetiba je akk aku ni bawak keluar segala bahan depan aku.. Masa tu aku ni buat tak endah jelah sebab dah biasa dengan perangai pelik dia ni, huh mentang2 lah amek diploma kulinari suka cipta yang bukan-bukan.

Tapi lepas lama aku syok tengok dia dok menggetel bahan yang dia dah uruskan tadi tu aku start tertarik nak tolong tapi dia kata takpayah ( takut tak jadilah tu ) hehehe.. aku tanya nama makann yang dia buat dia cakap bubuh lah apa nama pon.

Sekarang baru aku perasan asal aku ni suka makan benda yang pelik-pelik, rupa-rupanya kerja akak aku lah ni , haih' ... tapi kepelikan dia tu takdalah guna barang yang terlarang atau tak boleh nak makan ( jangan pkir bukan2 tau ) ..

Tapi aku lupa pulak nak amek gmbar yang dah siap goreng punya sebb lepas je siap akk aku terus jamu dekat kami sekeluarga dan siap bagi dekat jiran lagi.. The funny thing belum sempat masuk mulut dia dah warning jangan comment apa-apa dia tak sanggup nak dengar .. " Its delicious dear "

" You talented sister "

Saturday, 5 March 2016

Meja..



Tengah sedap-sedap aku dudk atas meja sambil layan phone..

Tiba-tiba ayah aku tegur:

                       Ayah = agak dah tak cukup kerusi ke ayah sediakan dalam rumah ni ?


                                             aku = kebingungan ! 


                       Ayah = kenapa kau duduk atas meja tu , kesian dia.. kalau dia boleh bercakap dah lama dia menjerit kesakitan sebab kena tampung berat -_- ..


                                            aku = ala , kkgh tgh charge phone ni ha , sapa sruh ltak meja ni sebelah plug .. lagpon bukan kkgh sorng je prnh duduk atas meja ni ( yang lain pun ada duduk )


                     Ayah = iyelah , tapi ayah rasakan mesti meja tu terkejeut sebab tiba-tiba ada benda berat himpit dia .. kalau dia boleh berjalan dah lama dia lari rumah tau ..


ayah ni kan memang suka buat lawak.. tapi dalam lawak tu ada fakta!! 
Sorry meja...

" I Love You, Dad "

Kahwin..


SHOCKED!!! itulah yang aku dapat gambarkan sekarang apabila ternampak post dari kawan baik dari sekolah lagi , buat dajal sama-sama, ponteng kelas sama-sama , belajar sama-sama boleh dikatakan semuanyalah sama-sama ...



Sampai hati nak kawin tak ajak aku ( sedihnyaa ) , aku ingat aku sorang je yang dia tak jemput rupa-rupanya sahabat baik aku lagi sorang ni pon call aku tnya if dia ada ajak aku ke tidak?? Haih apalah nasib kitakan eyra , kawan sendri nak kawin pon takde ura-ura , jemput pon tidak . 

Aku ni baru je duduk dekat rumah ni tak sampai sehari dah mcm2 perkara berlaku. Ibu cakap itulah kau dah lama tak balik kot, sebab tu jadi macam ni. Ibu tanya aku ada tak contact dengan dia spnjang dh habis sek ? Of course mestilah ada contact cuma lepas aku berhijrah ke Kl je kami kurrang bergosip ..

Apa-apa pon aku nak ucapkan selamat Pengantin Baru kawanku, Semoga kau berbahagia disamping suami tercinta dan tak sangka kau kawin dulu dari kami .. 

" Wedding "




Friday, 4 March 2016

RollerBlade ..


Sekarang ni memang tengah musim Rollerblade kan , mana2 je aku pergi semua ada benda alah ni. Aku sampai rumah semalam pon baru aku tahu yang dekat rumah aku pon ada benda alah ni. Dahlah Warna kegemaran aku pulak tu , haih'

Aku tengok ramai peniaga yang menggunakan kesempatan dgn buat perniagaan dgn Rb ni, Dahlah benda ni mahal , aku hargai peniaga2 yang baik hati dgn buat sewaan ke atas benda ni bagi kepada orang yang tak mampu nak beli. "Kamsahamida"

Ni aku nak pesan kepada yang main Rb ni , termasuklah ahli keluarga aku sekali. Berhati2lah ye bila main benda ni , jangan main dekat jalan raya yang sibuk kenderaan lalu lintas nanti boleh excident tau adik-adik. aku pesan ni bukan saja-saja tau sebab aku dah pernah nampak lah aku nak mengingatkan kepada semua. kepada Parents pon perhati2 kanlah anak-anak supaya tak berada dalam keadaan bahaya " jangan dah terhantuk baru nak terngadah"

aku harap sangat kerajaan buat lah Undang-undang terhadap pengguna RollerBalde ni supaya mereka Lebih berhati-hati. 

" Love Yourself "

Pisang Goreng..


Selamat Petang, apalah anak dara bangun lambat kan .. hehehe

Tugasan pertama yang ibu bagi dekat aku harini ialah kupas kulit pisang sebab ibu nak buat goreng pisang .. nyum3x favourite aku tu lagi-lagi kalau dapt cicah dengan sambal kicap yang pekat dan pedas..Biasalah orang Johor kan

sambil tu ada makanan tambahan yang aku tak berapa minat ( Durian ) bau dia perghhh busuk, Tapi kalau buat Bubur atau masak Tempoyak aku makanlah..

" selamat menjamu selera "

Problem..


aku tahu semua orang ada masalh masing-masing tapi dengan masalh ni lah yang buat kita selalu stress betul atau tak ??

aku ni baru je nak happy2 dekat rumah but suddenly i got a messages from my friend college yang suka mnyusahkan hidup aku, haih!!

Sebelum cuti nak start lagi aku dah tnya assigmnent ni bila nak proceed ? kau cakap lepas naik cuti midsemm, so aku pon balik lah. Tetibe malam2 buta macam ni kau Whatsapp aku suruh balik Kl secepat mungkin sebab nak settlekan semuanya cepat!!

What the * kau ingat aku ni Robot ke yang kau boleh arah2kan kesana - kesini ? kau ingat duit tiket bas tu murah ke ? aku ni dah plan mcm2 untuk cuti ni tau , dahlah cousin aku kahwin lagi. aku dah janji nak kena pergi pulak tu , lepastu kau nak ugut2 aku guna markss.

" Try to be in My shoes dear and you will know how hard this situation"


Holiday ..


Harini aku start cuti midsem dan aku sangat happy sebab dapat balik kampung setelah sekian lama tak balik. Dapat Pelok cium Ibu & Ayah aku serta kacau adik beradik aku.

Aku start bangon awal pagi sebelom subuh aku dah jaga sebab excited punya pasal, barang2 aku dh packing malam sebelom tu so aku hanya tingal nak kemas2kan apa yg patot jelah. Tapi tiket bus aku lambat lagi (3:00 p.m.) !!

  Pagi tu aku layan drama korea dulu , aku menghantar house2mate aku yang gerak awal pagi (smpai depan pintu jelah). perasaan tak sabar aku makin membuak-buak kalau boleh pagi tu jugak aku dah nak bertandang dekat Terminal Bersepadu Selatan (Kerja Gila).

 Around pkul 1 aku start grak turun bawah tahan teksi untuk ke LRT , apakan daya aku lupa harini hari JUMAAT pakcik-pakcik teksi pergi sembahyang jumaaat.. so, aku pon terpaksalah menarik beg roda aku yang sebesar dan berat tu smpai ke bawah jalan bagi mendapatkan teksi. Perghhh basah aku dimandikan lagi sekali dengan peluh yang mengalir disebabkan panas menterik.

  But demi semangat nak balik kampung punya pasal aku tak kisah and aku lupa nak bgi tahu aku gerak ke TBS dgn sorang kawan aku Amiera hehehe.. kami pon berjaya mendaptkan teksi tetapi terpaksa berhimpit dgn 4 org lain dlm teksi itu yg merupakan pelajar satu kolej dgn aku jugak yang kebetulan nak ke LRT. hahaha situasi kami memang kelakar cuba aja korang byangkan 6 orang dlm 1 teksi , ( 2 didepan, 4 dibelakang ).

 sampai di Lrt aku dan kawan aku pon meneruskan perjalan kami utk ke Tbs, setelah bertukar2 train di chan sow lin akhirnya kami selamat sampai dan muka kami senyum melabar je .

 Amiera: Bestnyaa dapat balik rumah, dah lama tak balik ( senyum melebar)

 Aku: Itulah aku rasa last balik masa Chinese New Year kan tapi 3 hari jerpss.

kami pon bergerak ke Gate masing2 dan sebelum berpisah kami mula lah drama perempuan kena pelok2, laga2 pipi, bagi2 nasihat dan sedih2 baru ada feel nak berpisah .. hehehe

 DISITULAH KAMI BERPISAH DAN NAIK BAS MASING2 

x

Pengenalan Dulu

Assalamualaikumm !! Sebelom nak mulakan membebel dalam blog ni saya nak perkenalkanlah diri dulu.. hehehe 

"nanti orang kata aku ni kurang ajar pulak"

Aku ni simple je dalam hidup, x suka carik pasal dengan orang. suka dengar pendapat orang lain dalam membuat keputusan tapi hanya akan ikot kalau aku rasa betullah..

Yang paling penting aku suka warna merah gila2 , haih' tak tahu lah mcm mna boleh terpikat.. Mungkin bila aku pakai warna merah aku rasa confident level aku tinggi kot (opppss perasan pulak).

<girl> :)
 
Gadis Merah Blogger Template by Ipietoon Blogger Template