Friday, 4 March 2016

Holiday ..


Harini aku start cuti midsem dan aku sangat happy sebab dapat balik kampung setelah sekian lama tak balik. Dapat Pelok cium Ibu & Ayah aku serta kacau adik beradik aku.

Aku start bangon awal pagi sebelom subuh aku dah jaga sebab excited punya pasal, barang2 aku dh packing malam sebelom tu so aku hanya tingal nak kemas2kan apa yg patot jelah. Tapi tiket bus aku lambat lagi (3:00 p.m.) !!

  Pagi tu aku layan drama korea dulu , aku menghantar house2mate aku yang gerak awal pagi (smpai depan pintu jelah). perasaan tak sabar aku makin membuak-buak kalau boleh pagi tu jugak aku dah nak bertandang dekat Terminal Bersepadu Selatan (Kerja Gila).

 Around pkul 1 aku start grak turun bawah tahan teksi untuk ke LRT , apakan daya aku lupa harini hari JUMAAT pakcik-pakcik teksi pergi sembahyang jumaaat.. so, aku pon terpaksalah menarik beg roda aku yang sebesar dan berat tu smpai ke bawah jalan bagi mendapatkan teksi. Perghhh basah aku dimandikan lagi sekali dengan peluh yang mengalir disebabkan panas menterik.

  But demi semangat nak balik kampung punya pasal aku tak kisah and aku lupa nak bgi tahu aku gerak ke TBS dgn sorang kawan aku Amiera hehehe.. kami pon berjaya mendaptkan teksi tetapi terpaksa berhimpit dgn 4 org lain dlm teksi itu yg merupakan pelajar satu kolej dgn aku jugak yang kebetulan nak ke LRT. hahaha situasi kami memang kelakar cuba aja korang byangkan 6 orang dlm 1 teksi , ( 2 didepan, 4 dibelakang ).

 sampai di Lrt aku dan kawan aku pon meneruskan perjalan kami utk ke Tbs, setelah bertukar2 train di chan sow lin akhirnya kami selamat sampai dan muka kami senyum melabar je .

 Amiera: Bestnyaa dapat balik rumah, dah lama tak balik ( senyum melebar)

 Aku: Itulah aku rasa last balik masa Chinese New Year kan tapi 3 hari jerpss.

kami pon bergerak ke Gate masing2 dan sebelum berpisah kami mula lah drama perempuan kena pelok2, laga2 pipi, bagi2 nasihat dan sedih2 baru ada feel nak berpisah .. hehehe

 DISITULAH KAMI BERPISAH DAN NAIK BAS MASING2 

x

0 comments:

Post a Comment

 
Gadis Merah Blogger Template by Ipietoon Blogger Template