Sebenarnyaa harini memang hari yang sangat memenatkan buat kami seluruh keluarga, Pagi-pagi lagi ibu dan ayah dah keluar rumah bukak kedai untuk meniaga, lepas meniaga ayah sepatotnya hantar adik perempuan aku yang belajar di melaka balik kerana tiket bas kehabisan. Kesiannya ayah mesti penat sangat-sangat sebab nak kena drive dri johor ke melaka.
Lepas sahaja kami tutup kedai dan terus balik rumah untuk bersiap-siap bertolak ke melaka. Sampai sahaja di simpang hadapan keluar kawasan perumahan rumah tiba-tiba kereta ayah mengeluarkan bunyi yang sangat memeranjatkan kami di dalam kereta. Rupa-rupanya kereta ayah rosak masa tu jugak , ayah dah kebingungan sebab nak kena jugak hantar adik balik harini.
ayah dan ibu usaha call semua orang untuk dapatkan bantuan dan alhamdulillah ada seorang hamba Allah ni sangat baik hati kerana membenarkan ayah meminjam keretanya bagi menyelesaikan urusan kami..
Masa tu kami rasa sangat bersyukur kerana mendapat pertolongan yang sangat besar, dan sepanjang dalam kereta menuju ke melaka ayah berpesan kepada kami supaya belajar rajin-rajin sebab macam-macam dugaan yang datang bila kita nak timba ilmu ni dan beringatlah atas jasa kebaikan orang yang menolong kita ..
Baiklah ibu dan ayah kami ingat pesan tu dan takkan sia-siakannya
" Terima kasih Pakcik atas bantuan yg dihulurkan "


0 comments:
Post a Comment